Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.
Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran.
2. Teori kognitif Jean Piaget mengasaskan teori pengajaran kognitif. Bidang perkembangan kognitif ini mengkaji bagaimana kemahiran mental dibina dan berubah mengikut kematangan fisiologi dan pengalaman seorang kanak-kanak sejak kecil lagi. Teori kognitif ialah pembelajaran bergantung kepada bagaimana seseorang memikir dan mengamati sesuatu, maklumat diproses dalam minda, dan pengalaman disusun dan dibezakan dalam pemikiran dan persepsi. Antara tokoh-tokoh teori kognitif ialah Wertheimer & Kohler - Teori Kognitif-Gestalt, perkembangan makna, celik akal; Piaget - Teori perkembangan kognitif, pembelajaran aktif; Bruner - Pemikiran induktif, pembelajaran penemuan; Ausubel - pemikiran deduktif, advance organisers, pembelajaran bermakna, peta konsep; dan Gagne - jenis pembelajaran, pembelajaran Mastery analisis tugasan
Kaedah pengajaran kognitif membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir seperti membanding dan membeza, membuat generalisasi, membuat keputusan, membuat ramalan, mencipta metafora, menerangkan sebab dan menyelesaikan masalah (Meister & Rosenshine 1992).
3. Teori pembelajaran Konstruktivisme
Teori ini pada umumnya adalah merupakan pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mc Brien dan Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain. Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. (Brooks & Brooks 1993). Nik Azis (1999), pula menyatakan konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Hal ini bermakna, sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif dari luar. Justeru itu, kemahiran mengeksperimen yang dipelajari oleh murid semasa aktiviti amali sains meminta murid merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan. Guru pula berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Guru juga sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.
4. Teori Cognitivism Cognitivism adalah teori yang agak baru dalam era digital. Teori ini menjelaskan bahawa pembelajaran itu adalah satu bentuk rangkaian yang tersebar dan membawa kepada hubungan dalam pelbagai bentuk pengetahuan (Siemens, 2004)