Pendekatan Sekolah Penyayang telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dijalankan di setiap sekolah bermula Mac tahun lalu. Ada pihak yang menerimanya dengan hati terbuka dan tidak kurang juga yang kurang senang. Mungkin kerisauan sekiranya perkara begini yang berlaku. Sebenarnya, kerisauan begini tidak perlu wujud sekiranya setiap dari guru menghayati dan mengamalkan sepenuh hati amalan sekolah penyayang ini, dan bukan hanya dijadikan program untuk tujuan dokumentasi semata-mata.
Sebenarnya, kerisauan begini tidak perlu wujud sekiranya setiap dari guru menghayati dan mengamalkan sepenuh hati amalan sekolah penyayang ini, dan bukan hanya dijadikan program untuk tujuan dokumentasi semata-mata. Mari kita kita lihat konsep sekolah penyayang : Pertama, penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Kepedulian adalah antara elemen penting yang perlu dititik beratkan oleh semua guru kerana kadang-kadang ada guru yang terlepas pandang dan mudah menghukum murid tanpa mempedulikan sebab dan akibat perbuatan mereka. Memandangkan tugas saya sebagai seorang kaunselor yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai isu murid, saya perhatikan kebanyakan murid yang dihukum mempunyai sebab-sebab tertentu dan sentiasa mengharapkan bimbingan serta peluang untuk mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Benarlah kata anak-anak umpama kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkan mereka. Namun, sekiranya ibu bapa juga kurang mempunyai masa untuk mencorakkan mereka, maka guru adalah antara agen yang paling dekat untuk membantu memberikan corak kepada mereka. Sama ada corak-corak yang indah atau corak-corak yang diconteng dan tiada nilainya. Jadi, benarlah konsep kepedulian ini perlu diterapkan dalam jiwa setiap dari pendidik. Kedua, Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Kita sentiasa mendengar jika ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pada remaja yang ada sekarang. Apakah amalan, apakah kecenderungan, apakah minat dan sikap yang mereka tonjolkan itulah yang mencerminkan masa depan negara itu. Jika ia benar, maka memang benarlah kita perlu memberi perhatian yang lebih, perlu menjaga murid kita, perlu membimbing mereka untuk memastikan masa depan negara kita akan sentiasa berada dalam suasana rukun damai. Setiap dari manusia mempunyai fitrah ingin dihargai dan disayangi oleh orang lain. Begitu juga dengan murid kita yang sentiasa mengharapkan penghargaan dan kasih-sayang daripada guru-guru yang merupakan insan yang signifikan dalam hidupnya. Menurut pandangan Teori Pemusatan Perorangan tentang sifat semulajadi manusia oleh Carl Rogers, setiap manusia mempunyai harga diri, mempunyai minat yang tersendiri serta bebas berdikari dan mempunyai arah kendiri. Harga diri inilah yang perlu sentiasa dijaga oleh pendidik dengan menggunakan pendekatan kasih sayang dan tidak mudah menjatuhkan harga diri murid di hapadan orang lain. Kerana kesannya amat besar dan mendalam serta mampu mempengaruhi perkembangan psikologi mereka. Ketiga, membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Sifat profesional bermakna satu sifat yang diamalkan oleh sesuatu golongan profesional itu. Sebagai contoh, sifat profesional seorang polis adalah tegas dan berani. Jadi semua dari kita sedia maklum, seseorang polis itu tidak pernah gentar untuk memburu penjenayah walaupun nyawanya menjadi taruhan. Begitu juga dengan sifat profesional seorang doktor yang sentiasa membantu menyelamatkan dan membantu pesakitnya tidak kira siapa sahaja yang berada dihadapannya walaupun seorang penjenayah. Jadi, sememangnya kita sebagai seorang guru membudayakan amalan penyayang dan dijadikan sebagai sifat profesional dalam profesion kita. Percayalah, dengan kasih sayang kita mampu menakluki hati dan juga mampu menakluk dunia sebagaimana pendekatan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyampaikan dakwahnya ke seluruh pelusuk dunia. Wujudnya kita dari dalam rahim ibu ketika bayi dan hingga kita dewasa adalah kerana kasih sayang kedua ibu bapa kita iaitu pancaran dari kasih sayang Tuhan. Kita tidak boleh hidup tanpa kasih sayang. Kasih sayang itu makanan rohani. Siapa yang tidak dapat merasai kasih sayang, rohaninya dan jiwanya akan menderita terseksa dan hilang kebahagiaan. Kasih sayang ialah perkara rasa. Ia mainan hati. Ia adalah fitrah semulajadi. Fitrah semulajadi manusia adalah sama. Tidak kira asal keturunannya. Tidak kira bangsanya. Tidak kira agamanya, negaranya atau di zaman mana dia hidup. Fitrah semulajadi manusia tetap sama. Kasih sayang adalah tuntutan fitrah. Fitrah suka dikasihi dan mengasihi. Suka disayangi dan menyayangi. Inilah mesej yang perlu dibawa kepada semua umat manusia. Kasih sayang atau love and care mesti disebarkan seluas-luasnya di kalangan umat manusia. Perpaduan, kedamaian dan keharmonian juga adalah tuntutan fitrah semulajadi manusia. Semua manusia tidak kira bangsa, agama dan warna kulit sukakan perpaduan. Semua manusia sukakan kedamaian. Semua manusia sukakan keharmonian. Manusia benci kepada krisis, perpecahan dan pergaduhan. Manusia benci kepada huru hara dan kacau bilau. Sebagai kesimpulannya konsep sekolah penyayang ini perlu dimantapkan dari segi pelaksanaannya di setiap sekolah dan ia akan memberi kesan yang baik kepada senario pendidikan sekiranya ianya dilaksanakan dari hati yang ikhlas.
0 Comments
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, transformasi bermaksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan. Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi pendidikan tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum. Hal ini adalah selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus sebaliknya merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempuna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat. Justeru, kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut.
Antara transformasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dengan memperkenalkan sistem pentaksiran yang holistik iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan secara berperingkat bermula pada awal tahun 2011 adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkesan. Sistem PBS juga adalah salah satu usaha membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan penambahbaikkan bagi sistem peperiksaan yang sedia ada iaitu UPSR dan PMR. Sistem pentaksiran yang baru ini telah dirangka dan disusun secara sistematik oleh lembaga peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana terdapat buku panduan pengurusan dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah yang boleh dijadikan panduan untuk mengoperasikan PBS di sekolah rendah dan menengah. Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Komponen-komponen PBS terbahagi kepada dua bidang iaitu mentaksir bidang akademik dan bukan akademik yang mana bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Setiap komponen tersebut memainkan peranan yang penting untuk mentaksir murid-murid mengikut bidang yang ditetapkan. Di dalam bidang akademik murid-murid, Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS) yang memainkan peranan. Pentaksiran pusat (PP) adalah pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Sekolah (PS) pula adalah pentaksiran yang menjurus kepada bidang akademik yang mana berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Terdapat dua jenis pentaksiran sekolah iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Manakala Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen portfolio itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran ini dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. Justeru, pentaksiran ini amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Selain daripada itu, ianya merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. Pentaksiran sekolah bercirikan satu pentaksiran yang holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni murid-murid. Disamping aktiviti pentaksiran berterusan iaitu berjalan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran sekolah juga bersifat fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid dengan merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. Jelas menunjukkan pentaksiran yang dirangka sangat menyeluruh dan memberi banyak kelebihan kepada pendidikan di negara kita walaupun terdapat kekeliruan daripada segelintir para pendidik dan ibu bapa untuk melaksanakan sistem ini di sekolah. Dalam usaha menjadikan pentaksiran berasaskan sekolah ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan Standard Prestasi sebagai sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung. Standard Prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Disamping itu, Standard Prestasi juga merupakan proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana tahap pengetahuan, pemahaman dan tindakan yang boleh murid-murid lakukan atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band iaitu Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu murid-murid. Antara kelebihannya, pentaksiran ini tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid tersebut dalam pembelajaran berdasarkan pernyataan standard. Justeru, murid-murid akan dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Malahan, pihak sekolah juga mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain. Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga menyediakan pentaksiran bagi menilai murid-murid tidak hanya di dalam bidang akademik malah terdapat pentaksiran yang dirangka untuk melihat penglibatan murid-murid di dalam bidang sukan dan kemahiran-kemahiran yang lain. Komponen pentaksiran tersebut terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular). PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid dan dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. PAJSK juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Manakala bagi Pentaksiran Psikometrik, dilaksanakan untuk menilai dan mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. Pentaksiran Psikometrik juga merupakan suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan ciri (trait) psikologi yang diukur merangkumi dua komponen utama iaitu aptitud dan personaliti murid. Ujian Aptitud pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Ujian Aptitud Am dan Ujian Aptitud Khusus. Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan yang menggambarkan kemahiran asas murid secara hierarki juga mengenal pasti kecenderungan murid berdasarkan kriteria tertentu seperti mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan kecenderungan murid. Manakala Ujian Aptitud khusus adalah untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid dalam bidang tertentu. Ujian Aptitud Khusus ini telah menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner, yang mana beliau percaya bahawa manusia itu diklasifikasikan pintar cerdas bukan dari cerdas akademik semata-mata tetapi mempunyai sembilan kecerdasan yang lain iaitu verbal-linguistik, kreativiti, muzik, naturalis, visual, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan logik matematik. Inventori Personaliti pula ialah satu instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. Instrument ini bertujuan membantu mengenal pasti personaliti murid supaya guru dapat menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti anaknya dan menyedari potensi diri mereka. Di samping itu, pihak sekolah dapat menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu murid-murid. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan itu, Kementerian Pelajaran juga telah bersiap sedia menyediakan indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam Pentaksiran Berasakan Sekolah ini iaitu kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan. Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS pula dapat dicapai melalui proses pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan. Pihak kementerian pelajaran juga telah menyediakan beberapa langkah untuk mengkaji kelemahan dan kebaikan perlaksanaan sistem PBS ini. Antaranya ialah menyediakan sebuah portal rasmi maklumat berkaitan PBS yang terkandung di dalamnya sebuah kajian soal selidik mengenai tahap kesediaan guru melaksanakan PBS. Kajian soal selidik tersebut wajib diisi oleh guru-guru tahun satu, dua, tiga dan tingkatan satu. Perkara ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru dan dapatan soal selidik tersebut dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS. Seterusnya, antara kelebihan lain melalui sistem PBS ini adalah mengenai pemansuhan UPSR dan PMR. Pemansuhan UPSR dan PMR dapat meringankan beban pelajar dan guru. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini membolehkan pelajar belajar tanpa tekanan. Hal ini demikian kerana, pelajar tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan PMR. Pelajar hanya perlu mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) yang tempoh masa belajarnya mencecah sebelas tahun. Dengan ini, beban pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapat dihapuskan. Sehubungan itu, beban guru di sekolah juga dapat dikurangkan apabila tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat waktu persekolahan setiap hari. Jelasnya, pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR ini mampu mengurangkan beban guru dan pelajar. Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkan penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan untuk pelajar tidak diwajibkan dan sekali gus memberi masa lapang yang lebih banyak untuk pelajar menyertai aktiviti kokurikulum seperti persatuan, kelab dan permainan serta badan unit beruniform. Kesannya, pelajar pelajar dapat menggerakkan sukan di sekolah hingga ke peringkat daerah,negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Selanjutnya, PBS juga terdapat kelemahannya. Antaranya, sistem pendidikan Malaysia yang bersifat berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan pentadbir atau guru tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan. Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri. Sebagai contohnya, apabila program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) diperkenalkan, guru mata pelajaran bahasa Malaysia dan subjek teras lain terpaksa bertungkus lumus memberi perhatian kepada pelajar yang terlibat dalam program berkenaan. Guru juga terpaksa membahagikan masa antara mengajar murid kelas perdana dan murid program KIA2M selain daripada terpaksa mengikuti kursuskursus dalaman yang berkaitan dengan program berkenaan. Bagaimanapun, baharu saja guru yang terlibat dalam program berkenaan berusaha meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan program tersebut, akhirnya ia dimansuhkan dan digantikan dengan program Literacy and Numeracy Screening (LINUS). Maka sekali lagi guru-guru terlibat terpaksa pula bermula dari awal. Apa yang jelas, banyak masa guru diambil untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu program berbanding masa untuk melaksanakannya. Isu kekangan ruang dan masa juga boleh menyukarkan usaha transformasi ke atas program kurikulum atau kokurikulum yang hendak dilaksanakan. Pelaksanaan P & P terancang di luar kelas sukar terutamanya bagi sekolah menumpang dan sekolah-sekolah dua sesi yang menghadapi kekangan ruang. Kekangan ruang dan masa memerlukan kepimpinan yang kreatif untuk mewujudkan dan memantapkan budaya ownership. Kekurangan guru juga amat ketara di sekolah ekoran daripada kursus anjuran PPG atau JPN dan juga program ko-kurikulum peringkat gabungan dan negeri yang diadakan secara berterusan. Guru-guru terpaksa meninggalkan sekolah dan akibatnya P & P terganggu. Semangat sepasukan sukar disemai kerana wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan guru yang asyik mengganti kelas mereka yang sering berurusan rasmi di luar kawasan sekolah. Manakala guru-guru yang sering keluar pula tidak berupaya untuk menjual beli mahupun membuat kelas tambahan kerana kekangan tempat dan masa dan merasakan diri mereka tidak dihargai oleh pemimpin sedangkan mereka telah memberi sumbangan kepada organisasi. Tambahan lagi, sistem PBS ini juga mendatangkan kesulitan kepada guru sewaktu ingin memasukkan markah ke dalam talian. Bagi guru yang bertugas di pedalaman, masalah rangkaian internet merupakan faktor utama kelemahan sistem PBS ini. Mereka perlu menunggu sehingga lewat malam bagi memasukkan markah pelajar ke dalam sistem. Bagi ibu bapa yang kurang berkemahiran dalam teknologi dan maklumat sudah tentu tidak dapat memantau perkembangan anak-anak mereka. Hal ini menyebabkan mereka tertanya-tanya tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Hal ini juga menyebabkan ibu bapa tidak dapat mengetahui prestasi semasa anak-anak dan membantu anak-anak mereka untuk mempertingkatkan prestasi dalam pelajaran. Sistem band juga memeningkan ibu bapa. Pengetahuan tentang sistem PBS yang tidak diambil kisah oleh ibu bapa dan kurang maklumat yang diberikan oleh pihak sekolah dan kerajaan menyebabkan mereka tidak tahu di mana tahap penguasaan dan prestasi anak mereka. Hal ini mendatangkan kesan sampingan kepada peningkatan prestasi pelajar. Kelemahan sistem PBS yang seterusnya ialah dapat dilihat melalui pemansuhan UPSR dan PMR. Pemansuhan UPSR dan PMR menjejaskan penilaian terhadap tahap prestasi pelajar yang berasaskan peperiksaan standard. Hal ini demikian kerana, guru di sekolah kurang berupaya untuk menyediakan soalan yang standard dengan UPSR mahupun PMR. Mereka hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah masing-masing sahaja untuk menilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan prestasi pelajar sebegini seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai prestasi pelajar dengan tepat. Hal ini jauh berbeza apabila UPSR dapat menilai keupayaan pelajar dalam menguasai perkara asas 4M iaitu membaca, mengira,menulis dan menaakul. PMR pula penting kerana dapat menentukan arah aliran yang bakal diambil pelajar pada tingkatan empat di samping menilai keupayaan pelajar dalam bidang-bidang tertentu. Jelasnya, peperiksaan awam UPSR dan PMR perlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan prestasi pelajar yang standard.Pemansuhan UPSR dan PMR juga menghil angkan budaya saling bersaing di sekolah. Budaya saling bersaing penting dalam kalangan pelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian kerana budaya saling bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang mempunyai keazaman tinggi untuk memperoleh keputusan cemerlang malahan merupakan alternatif untuk pelajar meningkatkan prestasi mereka. Tuntasnya, jelas terbukti bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah dirangka dengan sempurna dan tersusun bagi meningkat dan menjamin mutu pendidikan negara pada masa akan datang. PBS ini juga mendatangkan impaknya yang tersendiri. Kelemahan yang ada haruslah diperbaiki dan dicari jalan penyelesainnya bagi meningkatkan lagi kualiti mutu pendidikan di Malaysia. Apa yang penting, setiap perancangan rapi yang telah disusun haruslah berakhir dengan perlaksanaan yang sempurna. Maka PBS ini jika dilaksanakan dengan baik dan terancang, serta mendapat kerjasama yang jitu daripada semua pihak yang terlibat, ianya bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis di sekolah untuk perkembangan individu dan pada masa yang sama memberi banyak manfaat serta mampu mengurangkan masalah gejala sosial yang berlaku pada masa sekarang ini selain memberi transformasi yang positif terhadap pendidikan di Malaysia. STEM DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN STEM ialah akronim kepada Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik. STEM dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sedia ada dalam semua mata pelajaran STEM. STEM dalam konteks p&p merangkumi tiga aspek, iaitu:
1. Bidang pembelajaran 2. Pakej mata pelajaran 3. Pendekatan p&p. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013 – 2025) PPPM 2013 – 2025 telah meletakkan pendidikan STEM sebagai satu agenda yang penting dalam transformasi pendidikan bagi menyediakan generasi muda untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Pendidikan STEM dalam PPPM dilaksanakan dalam 3 fasa; • Gelombang 1 (2013 – 2015): pengukuhan kualiti pendidikan STEM dimulakan melalui peneguhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod • Gelombang 2 (2016 – 2020): kempen dan kerjasama dengan badanbadan berkaitan dilaksanakan untuk menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM • Gelombang 3 (2021 – 2025): STEM akan dianjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluasan operasi. Pengajaran dan pembelajaran (p&p) STEM yang berfokuskan murid dapat menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. P&p yang menarik dapat meningkatkan minat dan kecenderungan murid dalam STEM. Pelaksanaan p&p STEM yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran secara mendalam melalui pendekatan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks dunia sebenar. Murid yang mengikuti p&p STEM mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, inovatif, berhemah tinggi, berdikari, celik teknologi, mampu mereka cipta, boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Resolusi Kolokium Kebangsaan Pendidik STEM TERENGGANU 2016 1. Mempertingkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam pembangunan Negara Bangsa. 2. Menggubal kurikulum STEM baharu bersepadu berdasarkan idea mendidik pelajar dalam empat disiplin iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik kepada satu pendekatan merentasi disiplin dan aplikasi ke arah melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. 3. Melatih pendidik dan pembantu makmal sains dalam menerapkan kurikulum STEM baharu dan menambah baik prasarana sekolah terutama kemudahan makmal serta peralatan pengajaran STEM di seluruh Negara. 4. Memperhebatkan usaha-usaha untuk merapatkan jurang perbezaan pencapaian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam peperiksaan utama di antara sekolah-sekolah bandar dan luar bandar. 5. Mempertingkat peluang pekerjaan yang berkaitan STEM untuk lulusan ijazah, diploma, sijil, STPM dan SPM dengan menyediakan lebih banyak laluan alternatif dan latihan kemahiran. 6. Mempertingkatkan jaringan usahasama di antara sekolah dan institusi pendidikan tinggi dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan industri dalam menggalakkan pembelajaran STEM secara formal dan tidak formal. 7. Menyediakan insentif penyelidikan & pemantapan STEM secara bersepadu melibatkan pihak sekolah, institusi pengajian tinggi dan kerjasama dengan industri. 8. Mewujudkan satu badan professional yang diberi kuasa untuk mengawal kualiti kurikulum STEM di institusi pendidikan dan juga memberi pengiktirafan kepada kelulusan berkemahiran tinggi Secara umum terdapat dua jenis kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir aras rendah yang tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam.
Sebagai contoh kemahiran ini hanya memerlukan murid menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada mereka. Kemudian meluahkannya semula sekiranya terdapat soalan yang memerlukan jawapan mereka. Sementara itu, kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam berbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan merekacipta di kalangan murid. Kemahiran berfikir aras tinggi ini mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuhkan pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti. Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran beräkir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka. Dalam proses pendidikan terdapat lima peringkat bagaimana kemahiran ini dapat disampaikan kepada murid secara terancang iaitu melalui set induksi, penggunaan bahan asas atau bahan bantu mengajar, aras soalan atau teknik menyoal, aktiviti atau gerak kerja dan latihan bertulis. Dalam set induksi kebiasaannya sebelum memulakan sesuatu pengajaran guru akan menjelaskan tentang tajuk pengajarannya, matlamat dan apakah yang akan difahami selepas pengajarannya. Set induksi yang berkesan akan membolehkan murid bersedia mengikuti pengajaran guru dan merupakan langkah permulaan dalam proses beräkirnya. Penggunaan bahan asas atau bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tajuk pengajaran akan membolehkan murid memahami dengan lebih jelas sesuatu istilah dan konsep. Malah ia akan menjadikan pengajaran guru lebih mudah diikuti dan menyeronokkan. Melihatkan suasana pembelajaran yang berjalan dengan lancar maka guru hendaklah mengambil kesempatan dengan mengemukakan berbagai soalan kepada muridnya bermula dalam bentuk tahap yang rendah dan berkembang kepada soalan yang bertahap tinggi. Ketika ini murid banyak menggunakan kemahiran berfikir mereka dalam menjawab soalan-soalan yang berbagai bentuk. Dalam masa sama, guru akan dapat menilai sama ada murid memahami pengajarannya. Selanjutnya aktiviti atau gerak kerja pembelajaran akan dapat memperkukuhkan lagi pengajaran guru. Aktiviti seperti teka silang kata, kuiz, syarahan, bahas, lakonan, kerja berkumpulan, menyediakan projek dan gerak kerja di luar bilik darjah akan memantapkan lagi kefahaman murid. Sudah tentu murid akan membuat perbincangan, merujuk dan mencari maklumat dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Akhirnya proses pembelajaran menjadi lebih mantap apabila murid melakukan latihan bertulis. Melalui kemahiran berfikir aras tinggi murid akan dapat menulis dengan mengeluarkan pelbagai pendapat secara kreatif dan mungkin juga terdapat idea-idea baru. Di sinilah peluang kepada guru untuk memberi komen, galakan dan tunjuk ajar agar murid menjadi lebih produktif dan berdaya maju. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. 1.0 Pengenalan
Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid - murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok untuk diikuti murid- murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi ini perlu diterapkan secara terancang untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah. 1.1 Latar Belakang Didik Hibur Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012. Keputusan ini dibuat berasaskan pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus yang telah dilaksanakan. Dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memberi sepenuh penumpuan dalam penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan memperkenalkan 12 langkah bagi maksud berkenaan selain transformasi kurikulum di sekolah rendah dan menengah selaras dengan saranan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan strategi untuk memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan. Penumpuan memperkasa penguasaan Bahasa Malaysia turut ditekankan. Oleh itu,Kerajaan akan mula melaksanakan transformasi kurikulum di sekolah rendah dan menengah yang mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Di sekolah rendah, kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa bagi merealisasikan hasrat transformasi berkenaan. Manakaladi peringkat sekolah menengah pula, transformasi kurikulum akan memberi penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek penyampaian pengajaran. Kaedah pengajaran akan lebih interaktif, iaitu berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati dan difahami. 1.1.1 Apa Itu Didik Hibur ? Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari sesuatu subjek itu akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik. 1.1.2 Ciri-Ciri Didik Hibur i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.Justeru murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu - tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya. iii) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. iv) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti berbahasa. v) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai. vi) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi. vii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik. viii) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal. ix) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh. 1.1.3 Bagaimana Pelaksanaannya ? Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran sesuatu subjek dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami penyerapan sesuatu keadaan. Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu: i) Pelbagai bidang ilmu serta tema, ii) Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia, iii) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran bernilai tambah. Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu penyerapan pelbagai bidang ilmu serta tema. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan ilmu melalui pelbagai aktiviti secara santai dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek di sekolah rendah dan menengah. 1.1.4 Objektif Didik Hibur Terdapat tiga objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran di sekolah rendah dan menengah, iaitu: i) Mengguna dan memahami sesuatu pelajaran secara didik hibur; ii) Mengguna dan memahami bahasa yang indah atau bahasa badan dalam aktiviti; dan iii) Mengguna dan memahami sesuatu kemahiran yang ditunjukkan secara didik hibur. 1.1.5 Apa Itu Bahasa Badan ? Bahasa badan juga dikenali bahasa gerak badan merupakan sebahagian daripada proses komunikasi dan ia berperanan menunjukkan sebarang reaksi dalam menunjukkan sesuatu aktiviti sama ada positif ataupun negatif. Ia boleh membabitkan apa jua anggota badan seperti mata, kening, bibir, tangan ataupun lengan. Walaubagaimanapun pengguna perlu beringat ketika melakukan gerak badan bagi mengelakkan reaksi tidak selesa. Dalam konteks didik hibur bahasa badan merupakan ‘bahasa gerak badan’ yang digunakan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian ketika menjalankan aktiviti. 1.1.6 Faktor Kejayaan Pelaksanaan Didik Hibur a. Guru Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah guru adalah segala-galanya (Pullias & Young 1982), yang akan menjalankan pelbagai peranan dalam bilik darjah (Syed Lutfi 1994). Ini bermakna kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu: i) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid-murid. ii) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid. iii) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak. iv) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik. v) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti. vi) Guru boleh membuat pelbagai suara. vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik. viii) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian. ix) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak, dan x) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel. b. Aktiviti Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu: i) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar. ii) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama. iii) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel. iv) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesai bersama murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan. v) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid. vi) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid. vii) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid. Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak faedah. Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya. Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesamakita. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.
Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef Pengenalan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ialah pelbagai jenis peralatan teknologi dan sumber yang digunakan untuk mewujud, menyebar, menyimpan, mengumpul, dan mengurus maklumat dan berkomunikasi. Teknologi yang dimaksudkan merangkumi komputer, Internet, teknologi penyiaran dan transmisi. ICT Dalam Pendidikan ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pembelajaran sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam PdP membolehkan aktiviti PdP dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan murid. Definisi ICT dalam Pendidikan Dalam konteks pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk menyelesaikan masalah PdP dan pengurusan dan pentadbiran (PdT) sekolah dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan peralatan dan bahan teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet (e-mel, forum, portal, laman wab), video telesidang atau instruksi berasaskan komputer. Literasi ICT seperti kebolehan mengakses, mencari, memilih, menilai, menstruktur, membina dan menyusun maklumat untuk tujuan PdP merupakan kemahiran yang perlu ada pada semua guru dalam Zaman Maklumat ini. (Yusup Hashim & Razmah Man, 2006). Perkembangan ICT Dalam Pendidikan Penggunaan komputer dalam pendidikan bermula pada tahun 1987 apabila Lembaga Peperiksaan (LP) menggunakan teknologi komputer dalam urusan pemprosesan data peperiksaan. Menyedari bahawa pendedahan awal kepada ICT akan menyediakan generasi muda dengan nilai tambah kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi ledakan maklumat serta mengharungi arus globalisasi, ICT dijadikan mata pelajaran di sekolah pada tahun 1990-an. Dasar Wawasan 2020 telah memacu penggunaan ICT dengan meluas dalam pendidikan negara melalui pelancaran projek Koridor Raya Multimedia pada tahun 1997 melalui Projek Sekolah Bestari. Pelbagai usaha membudayakan ICT juga telah diperkenalkan di sekolah bagi merapatkan jurang digital yang dihadapi oleh negara berbanding negara maju. Projek Makmal Komputer yang dilengkapi dengan komputer terkini beserta kemudahan LAN dan Internet mula dilaksanakan pada tahun 1999. KPM telah melancarkan program pembestarian sekolah bagi tujuan melengkapkan murid dengan Kemahiran Abad Ke-21 yang menekankan penggunaan ICT sebagai pemangkin. Sejajar dengan program pembestarian ini, penyediaan capaian Internet jalur lebar melalui Projek SchoolNet dilaksanakan untuk semua sekolah di seluruh negara. Bagi membudayakan ICT di sekolah dan meningkatkan penggunaan komputer oleh murid, Projek Pusat Akses Sekolah (PuAS) diperkenalkan pada tahun 2006. KPM juga telah menambahbaik kaedah penyampaian program TV Pendidikan dengan pelaksanaan WebTV KPM atau lebih dikenali sebagai eduWebTVpada tahun 2008. Ia merupakan sumber pendidikan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-bahan PdP dalam bentuk audio-visual kepada murid dan guru terutamanya di kawasan pedalaman. Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) digubal untuk memastikan kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan generasi berilmu yang berupaya menyumbang ke arah pembangunan negara. Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang terkandung dalam DPK menyatakan ICT sebagai faktor penting untuk membantu pencapaian pembangunan pendidikan dan seharusnya diintegrasikan dalam P&P serta pengurusan pendidikan. Pernyataan dasar ini meliputi perkara berikut:
Kemahiran ICT yang diperlukan oleh guru / setiap individu adalah berbeza. Ini bergantung kepada keperluan tugas, organisasi, minat dan kecenderungan individu. Dalam alam pendidikan, kemahiran mengguna aplikasi pemprosesan perkataan seperti Words, aplikasi paparan seperti Excel, aplikasi penyampaian seperti Powerpoint, kemahiran mencari maklumat, dan kemahiran mengolah data yang diperoleh menjadi satu kemahiran asas untuk semua. Pengkhususan selanjutnya bergantung kepada keperluan tugas individu. Contohnya:
Terdapat pelbagai kaedah dan saluran untuk meningkatkan kemahiran ICT, antaranya:
Latihan secara tidak formal seperti on-the-job training dan aplikasi perisian dalam kerja memainkan peranan yang penting dalam peningkatan kemahiran ICT individu. Perkongsian pengalaman dan mengajar orang lain pula merupakan cara terbaik untuk mendalami kefahaman berkaitan kemahiran yang diperoleh iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
Kenapa Diadakan Program i-THINK? Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing. Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK Peta Pemikiran Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan. 1. Circle Map (Peta Bulatan) Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks. 2. Bubble Map (Peta Buih) Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian. 3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda) Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu 4. Tree Map (Peta Pokok) Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea. 5. Brace Map (Peta Dakap) Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama. 6. Flow Map (Peta Alir) Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses. 7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir) Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut. 8. Bridge Map (Peta Titi) Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan. Apakah Pendidikan Abad Ke-21 sering menjadi sebutan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Warga Pendidikan.
Dasar Global langit terbuka di abad ini menjadikan Malaysia mengalami kemajuan yang dramatik dalam bidang Teknologi dan Penyebaran Maklumat. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar agar Malaysia mampu bersaing bersama negara-negara maju di seluruh dunia. Semua elemen dalam pembelajaran abad ke-21 ini terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 ini bukan sekadar tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid bukan berpusatkan guru. Guru perlu menjadi pemudahcara kepada murid dalam sesuatu aktiviti di dalam kelas. Warga pendidikan perlu mempersiapkan diri dengan Kemahiran Terkini dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 kerana mereka adalah jentera pelaksana untuk segala dasar-dasar yang dirancang oleh Kerajaan. 10 Ciri Pembelajaran Abad Ke-211. Berpusatkan pelajar – pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing – meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan 2. Penggunaan komputer – alat penting untuk kelas abad ke 21 – sangat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran 3. Pembelajaran aktif – penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer 4. Pembelajaran kendiri – kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran 5. Persekitaran yang kondusif – tidak terlalu sesak – peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor 6. Pelajar faham dan mematuhi arahan – pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun – peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul 7. Saling hormat menghormati – perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar – guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka – pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas 8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka – sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka 9. Penilaian berasaskan pencapaian – guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja 10. Pembelajaran kolaboratif – pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran |