a1. Sesi mengajar saya lebih mendalam tentang penggunaan komputer sebagai alat dalam PdPc di dalam dan di luar bilik darjah. Boleh diaplikasikan di sekolah. Contohnya Computer as 3T. Aplikasi TodayMeet sangat banyak membantu dan menyeronokkan apabila digunakan semasa mengajar subjek TMK atau kelab Komputer. Current Technologies membantu saya bahawa teknologi dalam dunia pendidikan banyak membawa kepada perubahan secara drastik dalam dunia pendidikan.
2. ADDIE model sangat sesuai untuk memudahkan murid mengenalpasti isi penting dan fakta yang mereka pelajari. 3. Leraning theories membantu saya mengingat kembali apa yang sudah dipelajari semasa di IPG dulu. Weebly adalah sesuatu yang baru bagi saya kerana sebelum ini hanya terdedah dengan blog dan wordpress sahaja. Banyak lagi yang perlu diterokai dalam weebly. 3. Element eportfolio, google form dan padlet membantu saya mengumpulkan dan menyimpan maklumat dalam weebly sebagai persediaan membuat tugasan dan jurnal yang diberikan. 4. Sources of articles (Acamedia, google scholar dan researchGate) membantu mencari maklumat tugasan yang diberi. Ianya juga membantu saya untuk mencari seberapa banyak jurnal yang diperlukan. Dengan cara ini saya akan banyak membaca jurnal untuk meningkatkan ilmu pengetahuan saya. 6. Pengalaman belajar menggunakan Piktochart dan Canve. Pembelajaran menggunakan dua aplikasi ini sangat menarik kerana kita dapat menyunting sendiri resume kita menggunakan fitur-fitur yang disediakan oleh aplikasi. Resume yang disunting kelihatan ringkas dan menarik. Banyak maklumat yang boleh disampaikan menggunakan dua aplikasi ini. Aplikasi ini sangat sesuai digunakan semasa PdPc untuk mengasah bakat murid dalam bidang penyuntingan menggunakan komputer. Terima kasih Dr. Fariza di atas perkongsian yang sangat bermanfaat kepada kami semua. Keseluruhannya, pembelajaran bantu komputer sangat menyeronokkan. Terutamanya penutupan iaitu Kahoot. Jumpa lagi di masa akan datang dengan perkongsian yang tak sabar kami semua tunggu.
0 Comments
|
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |